TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

Info Guru Bertugas Mingguan Tahun 2011

 
Sila pilih minggu :
Tarikh Bertugas :
Guru Bertugas 1 :
Guru Bertugas 2 :
GuruBertugas 3:
Tema Mingguan :
   

22 May 2008

KELAB ROBOTIK


PENDAHULUAN

Pertandingan Robotik Kebangsaan merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Pusat Sains Negara (MOSTI) dengan Sasbadi Snd. Bhd.
Ia melibatkan pemilihan pasukan-pasukan dari sekolah-sekolah untuk bertanding di peringkat zon , negeri dan Kebangsaan , seterusnya diperingkat antarabangsa.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah di bawah umur 18 tahun. Setiap pasukan sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini perlu mempunyai set robot RCX atau NXT yang terdiri daripada tiga orang pelajar dan seorang guru pembimbing untuk setiap pasukan.

Untuk itu Sekolah Kebangsaan Jitra (SK. Jitra) telah mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Robotik pada tahun 2006. Tujuan utama Kelab Robotik ditubuhkan adalah bagi memperkenalkan teknologi Robotik kepada semua murid-murid SK. Jitra.
Kelab ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan murid-murid sekolah ini. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid tahap 2. Pada ketika ini Kelab Robotik SK JItra mempunyai sebanyak 2 set robot RCX dan 11 set robot NXT.
Dengan penubuhkan Kelab ini, diharap ahli-ahli Kelab dapat bersatu, berhimpun dan berbincang mengenai perkara perkara yang berkaitan Robot.

OBJEKTIF

i. untuk membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam matematik , sains , teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on atau penyelidikan
ii. untuk melatih pelajar mengamalkan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah yang mencabar
iii. untuk membolehkan pelajar membina daya berfikir secara sistematik dan memperkenalkan pertandingan robotic di kalangan pelajar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
.
.



robotik @ sk jitra 2008

Back to TOP